Assalamualaikum sahabat-sahabat
sumber : http://www.Tausyiahislamiyyah.co.cc/
Akhwat ikhwan, Yakinlah dengan janji Allah,
"Sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu
Berbicara tentang saat kematian, sememangnya sesuatu yang menggetarkan jiwa manusia kerdil seperti kita. Namun. perjalanan
hidup kita di dunia tetap akan sampai di garisan penamatnya sebelum
kita meneruskan langkah perjalanan ke alam kekal. Dunia hanya
persinggahan sementara, tempat kita mengumpul segala bekalan tuk dibawa
ke sana. . Entah bila ajal itu bakal menjengah, tiada siapa yag tahu,
hanya Dia, Pencipta yang Maha Esa..
"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Maha kuasa
atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
Maha mulia lagi Maha Pengampun"
(Surah Al-Mulk [67]1-2)
Sekadar
perkongsian tuk entry kali nie..Kepada diri yang masih leka, hanyut
terkapai-kapai dlm lautan hiasan dunia..Sama-sama kita perbetulkan niat,
ikhlaskan hati dlm setiap amalan, penuhkan diri dgn bekalan akhirat
sebanyak mungkin..Ingatan tuk diri saya sendiri, dan tuk akhwat ikhwan
sume..insyaAllah..
100 hari sebelum kematian:
Ini
adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut
akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita
antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan
terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan
bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya
berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di
antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.
Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali :
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5.
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa
ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.
sumber : http://www.Tausyiahislamiyyah.co.cc/
Akhwat ikhwan, Yakinlah dengan janji Allah,
"Sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu
daripada dunia"
Surah Al-Dhuha [93]: 4
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan bahwa
Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan
pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada
mereka (dengan mengatakan), 'Janganlah kamu merasa
takut dan jangan pula bersedih, serta
bergembiralah dengan surga yang dijanjikan Allah
kepada kamu."
Surah Fushshilat (41): 30

"Dimana bumi dipijak, di situ perintah Allah dijunjung"
Wallahualam..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar