Ketika coretan ini ditulis rata-rata umat Islam sudah atau sedang
merayakan 1 Syawal sebagai menyambut hadiah kemenangan yang dijanjikan
oleh Allah Taala bagi mereka yang telah mengharungi peperangan besar
selama sebulan di bulan Ramadhan al-Mubarak.
Berbahagialah orang-orang yang beriman pada hari ini dengan
benar-benar merasai nikmat takwa hasil pengorbanan yang dilakukan
sepanjang bulan Ramadhan semata-mata kerana Allah meninggalkan makan dan
minum serta perkara-perkara harus yang lain untuk satu tujuan iaitu
mendapatkan takwa.
Ikut berbahagia buat mereka yang telah benar-benar menunaikan hak-hak
Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan. Sekarang kita berada di
dalam bulan Syawal, dan persoalannya masih adakah lagi apa-apa
tanggungjawab untuk beramal sebagaimana kesungguhan yang ditunjukkan
dalam bulan Ramadhan? Adakah stamina yang dijana didalam bulan Ramadhan
masih dapat dipacu untuk menjadi modal beribadah dibulan-bulan
seterusnya? Atau dengan terbenamnya matahari pada petang 30 Ramadhan
turut sama membenamkan semangat beribadah dan kembali bertuhankan nafsu
seperti sebelum Ramadhan.
Ikhwah dan akhawat yang di rahmati allah, Ramadhan yang baru sahaja
melalui hidup kita perlu dijadikan motivasi untuk kita meneruskan
kesungguhan beribadah kepada Allah dalam bulan-bulan seterusnya. Jika di
malam-malam Ramadhan kita boleh hadir ke masjid untuk menunaikan solat
sunat terawih berjamaah, tentunya logik kita berkata kita wajar
menunaikan solat fardhu juga secara berjamaah selepas Ramadhan.
Kalau puasa mendidik pancaindera kita dari terjebak dalam
perkara-perkara yang haram di bulan Ramadhan, tentunya selepas Ramadhan
anggota-anggota ini terdisplin sendiri hasil tarbiyah Rabbani di bulan
suci yang dilalui. Secara prinsipnya, ramadhan bukanlah satu-satunya
bulan untuk beribadah, bahkan ibadah didalam Islam itu tidak dibatasi
oleh masa dan tempat.
Tetapi ramadhan adalah musim kebaikan yang perlu direbut berbanding
musim-musim yang pernah dilalui sebelumnya. Persisnya seperti
seseorang yang gemar berbelanja, dia bukan meletakkan waktu tertentu
untuk memborong. Boleh dikatakan setiap kali terima gaji dia akan
berbelanja, tetapi bila ada sale atau jualan murah dia akan lebih berbelanja dari kebiasaan. Kalau sebelum sale peruntukan hanya 200 rb, semasa sale boleh jadi 800rb.
Apa yang berlaku secara realitinya selepas Ramadhan ialah
masjid-masjid dan mushola kembali lengang daripada pada jemaah yang
sebelumnya telah ramai memenuhi ruang-ruang kosong di
tempat-tempat tersebut. Bahkan trend pengurangan jemaah ini telah
bermula semenjak ujung Ramadhan. Mereka yang tinggal hanyalah
ahli-ahli setia masjid dan mushola yang biasa terdiri anggota-anggota tetap.. heheheheee.
Dimana tarbiyah ramadhan yang kita terima sepanjang sebulan
berpuasa? Sebab itulah perlu ditegaskan di sini bahawa siapa yang
beribadat bersungguh-sungguh dalam Ramadhan dan meninggalkan kesungguhan
tersebut selepas ramadhan, sesungguhnya yang disembahnya adalah
Ramadhan bukan Tuhan kepada Ramadhan.
Oleh karena itu, apakah yang kita lakukan untuk menghadapi situasi seperti
ini? Jawabannya adalah istiqamah, teguh pendirian atau yang disebut
sebagai konsistensi. Allah Taala berfirman dalam surah Fussilat ayat
30-32:
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah
Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan
turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan
janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang
Telah dijanjikan Allah kepadamu". Kamilah pelindung-pelindungmu dalam
kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu
inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai
hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Baginda sallahu alaihi wa sallam ada bersabda yang bermaksud:
"Dari abi amru, katanya, aku berkata: wahai Rasulullah katakanlah
pada ku dalam Islam satu perkataan yang aku tidak bertanya tentangnya
seseorang selain kamu. Jawab Baginda: (Katakanlah: Aku telah beriman
kepada Allah, kemudian beristiqamahlah)"
Hadis riwayat Muslim.
Dalam sepotong hadis yang lain baginda juga pernah bersabda
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah katanya, telah bersabda
Rasulullah sallahu alaihi wa sallam: (bersederhanalah tanpa kecuali dan
beristiqamahlah. Ketahuilah sesunggunya tidak sekali-kali seseorang itu
selamat dengan amalnya) Para sahabat bertanya: Kamu juga ke wahai
Rasulullah?. Sabda Baginda sallahu alaihi wa sallam : (Aku juga tidak
selamat, melainkan Allah telah melindungi dan menutupi aku dengan rahmat
dan kelebihan dari-Nya).
Hadis riwayat Muslim.
Menurut para ulama istiqamah artinya adalah terus menerus berada
dalam ketaatan kepada Allah. Ini sama halnya dengan hadis lain yang
diriwayatkan oleh Muslim juga yang bermaksud:
"Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah yang berterusan sekalipun sedikit."
Konsisten dalam amalan adalah sangat sukar untuk diperolehi
sekiranya tidak disertai dengan keikhlasan dan mujahadah sehinggakan
bijak pandai mengatakan:
"Istiqamah itu lebih baik dari 1000 karomah."
Karomah ialah urusan luarbiasa yang berlaku atas orang-orang
yang soleh. Begitulah ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah nilai
istiqamah yang perlu kita sama-sama cermati dalam amal-amal yang telah
kita latih sepanjang Ramadhan.
Bukan itu saja, kita juga perlu istiqamah dalam menjauhi
kemungkaran dan dosa-dosa yang telah kita jauhi sepanjang ramadhan.
Berusahalah untuk memantapkan amal-amal tersebut dengan sering
membersihkan diri dengan zikrullah sehingga tiada yang lebih norak
dalam hidup kita selain daripada mengingati Allah Taala..
Mengambil Kesempatan Disini
Mengucapkan;
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF LAHIR DAN BATIN..!!!
Semoga segala kejenuhan lelah kita dalam
beramal diterima oleh Allah Taala.
Tidak lupa pula dalam do'a terbaik ku panjatkanlah doa
agar amal-amal tersebut diterima oleh Allah Taala.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar